<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2151045708454053872\x26blogName\x3dAzril++Adzar\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://azriller.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://azriller.blogspot.com/\x26vt\x3d-6779647111680923892', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
!! SORRY FOR MY BROKEN ENGLISH !!


Ezrixx - 20 - DTM
Weirdo? Yes I am.

06 May 2016, 1:40 AM
Pendam

ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA


Today is the most stressfull and saddest day in this week. Aku sampai rasa tak sanggup nak hadap. Nak je aku lari balik. All of this started by a mini-project of programming II. My group decided to make an apps. System filing. Actually, takde la 'my GROUP'. Ada la dia ni (mungkin ketua) yang buat keputusan untuk ni. So, all of us in the group just say yes. Nak dijadikan cerita, projek ni dimulakan la pembuatannya. Tapi, dia ni je yang buat. Kitorang yang lain tak tahu pun dia mula buat. FYI, dia buat tanpa bagitahu yang lain. Dia langsung tak ajak aku n yang yang lain untuk buat sesama. And after that, satu masa, waktu lepas habis kelas internet web, dia tanya kat aku pasal projek ni. Aku pun balaslah dengan tanya bila nak buat. Lepas tu dia cakap yang dia buat sensorang je. Hello! Kau tak ajak pun kitorang untuk buat sesama. And now, kau nak mengeluh kau buat sensorang? Huh!

Bila sampai waktu untuk present storyboard untuk project ni, dia langsung tak tegur aku. Dia macam marah je kat aku. Tapi, yang peliknya, dengan ahli grup lain dia elok je. Macam dia ni racist pulak even kitorang semua ni same bangsa je. Aku terdiam lama. Apa salah aku sampai dia buat macam ni? Sebab tak tolong dia? Tapi yang lain pun tak tolong jugak. Elok je dia layan. Aku cuba untuk tak ambik port la pasal hal ni. Just diam-diam je. Mencuba untuk mengentalkan hati dan perasaan.

After that, dipendekkan cerita dia buat project ni tanpa yang lain. Tanpa ajak aku sekali. Tapi apps tu tak dapat nak disambungkan dengan database. For those yang tak tahu, database ni pangkalan data, tempat simpan segala data-data laman web or apps or apa-apa je la yang disambungkan dengan dia. So, our lecturer cakap yang kitorang bolehlah tukar untuk buat laman web je. Takyah buat apps lagi sebab still tak dapat sambung database sedangkan sem dah nak habis. Cut sekejap, aku lupa nak cerita yang aku ada jugak tanya dengan dia apa nak tolong (masa group kitorang still buat apps), tapi dia cakap dia tak tahu apa yang kitorang boleh tolong.

Mase buat laman web ni, dia mintak nak guna laptop aku untuk buat project ni sebab laptop dia dah tak boleh buat sebab dah ade database untuk laman web untuk subjek internet web. Aku pun bagi la dengan rela hati. Atleast ada la jugak sumbangan yang aku dapat sumbangkan untuk project ni. Sekali lagi aku tanya dia, apa yang boleh aku tolong? Dia suruh la aku cari cara untuk masukkan gambar dalam database. FYI, aku ni tak la pakar pasal bidang ni. Nak bukak properties komputer pun aku tak tahu, inikan pulak bende yang dia suruh tu. Aku pun search la dekat google. Godek-godek google aku jumpa la beberapa code yang aku rase mungkin boleh guna. Aku tunjuk la kat dia minggu depannya. Guest what, dia macam tak puas hati je dengan hasil carian aku. Dia nak tak nak je tengok apa yang aku cari cari tu. Aku tanya boleh guna ke kod ni, dia just geleng. Huh! Aku hanya memendam rasa...diam-diam je. Malas nak luah sebab tak tahu nak luah kat sape.

Then, dia wassap nak pinjam laptop aku untuk sambung buat laman web tu. Aku bagi je. Kemudian aku cakap kalau nak aku tolong apa-apa wassap je la. Dia angguk. Beberapa hari berlalu tanpa dia wassap apa-apa. Aku tak sedap hati la sebab aku tak tolong apa-apa. So aku wassap dia ada buat project ni kat kafe ke sebab dia selalu lepak kafe buat bende ni. Dia cakap ada tapi kat bilik kuliah. Aku tanya lagi dia dah ada ke kat bilik kuliah tu sebab aku nak datang. Tapi dia balas dengan sinis suruh aku datang minggu depan je. Aku tak kesah pun dengan sinisan tu sebab aku faham mungkin dia stress buat project ni. Aku pun pergi la bilik kuliah tu. Bila sampai bilik kuliah aku tanya apa aku boleh tolong. Dia mungkin dah terdesak so dia suruh la aku cari apa-apa maklumat untuk beberapa projek bangunan untuk dimasukkan dalam laman web tu. Aku reka-reka je la sebab ni bukan betul-betul pun.

Esoknya, presentation final untuk projek ni. Aku pendekkan cerita je la ye. Semua group punye project kene buat penambahan sebab lecturer tak puas hati. Dia ni macam tak puas hati. Same goes to me sebab aku dah tak sanggup nak hadap dengan situasi ni. After that, dia cakap dia ade kem jumaat sabtu ahad. So, tak dapat la nak buat mase hujung minggu. Dia bagi balik laptop aku. Nak dijadikan cerita, isnin minggua depan tu cuti ganti sebab hari pekerja jatuh pada ahad. Aku bali kampung sebab ada hal. N nak dijadikan cerita lagi, aku balik kampus hari selasa. Aku tunggu dia wassap untuk buatbalik project ni. Ok, ni salah aku. Sebab just tunggu je. Malam tu, dia wassap tanya nak buat projek ke tak? Aku balas 'ikut kau la'. Dia balas balik tanya kenapa tak wassap dia. Pastu dia wassap lagi bagitau yang dia nak ambik laptop aku esok paginya. Hari rabu la. Tapi aku tak dapat nak bagi sebab aku nak guna untuk buat esaimen untuk subjek lain. Dia diam. Tak balas.

Lepas aku buat sikit esaimen aku tu, aku wassap dia tanya bila nak ambik laptop. Dia tak balas. Dah lewat petang baru telefon aku berbunyi sebab dia wassap. Dia tulis dia baca wassap aku tapi kat notification phone je. Dia tulis lagi. Panjang n aku tak ingat apa lagi isinya sebab aku dah padam conversation kitorang. Ada yang aku ingat dia tulis yang macam tak puas hati bila aku cakap aku balik kampung n lambat balik kampus. Dia jugak tulis yang dia tak marah aku kononnya. So, kesudahannya project tu takde penambahan apa-apa langsung.

Malam tu pulak, aku nak sambung buat esaimen yang aku buat tadi tu. Nak buat yang project tu aku tak tahu sebab dia je yang boleh buat. Ye la, aku kurang sikit dalam bidang ni walaupun aku study bidang ni. Aku buat esaimen ni dengan kawan-kawan yng lain. Mula-mula ok je. Tapi, tiba-tiba dia datang sebab nak buat sesama esimen tu. Aku dengan dia banyak sama kelas sebab kitorang ni satu course. Logik la tu. Dia tak tegur aku pun. Beberapa minit pastu, dia tiba-tiba tanya aku. 'Bukan kau dah buat ke esaimen tu?' Nadanya menyindir. Aku just senyum je. Sambung balik buat esaimen aku. Malas nak respon. Eh, jap. Aku tertinggal satu bahagian. Sebelum tu, aku ada eye contact dengan dia. Dia terus je sound aku. 'Kau pahamkan la projek tu. Esok pandai-pandai la terang'. Aku terkedu. Kawan-kawa yang lain mula tengok-tengok kitorang. Situasi tu end up dengan dia takde langsung tegur aku lagi. Masa balik pun takde nak jalan beriring dengan aku. N dia just selamba je bawak motor lalu depan aku tanpa pandang aku. Huh! Aku terasa sangat weh...

Hari esoknya tiba. Dalam keadaan project yang tanpa ade apa-apa penambahan, aku jadi risau nak pegi kelas. Tapi aku tetap pegi. Rasa tanggungjawab still ada dalam diri aku. Mase kat kelas, dia tak ambil tahu pun pasal project tu walaupun aku ade on laptop bukak laman web tu. Aku mintak maaf kat dia. Dia cakap dah tak guna dah. Aku terdiam. Pastu sampai turn kitorang punye gruop, aku harap sangat dia terangkan dekat lecturer. Aku tarik nafas lega sebab dia yang bercakap. Tapi... ada tapinya. Penjelasan dia lebih kearah aku yang bersalah walaupun dia cakap yang dia tak salahkan ahli group dia. Aku macam biasa la. Diam je. Pendam-pendam je. Akhirnya untuk projek tu group kitorang just dapat markah untuk apa yang kitorang buat tu je. Aku ada jugak ajak dia untuk bersembang. Tapi, dia buat-buat tak layan. And yang paling buat aku sedih, dia boleh mintak maaf dekat ahli group yang lain sebab project ni kitorang dapat markah yang mungkin tak seberapa. Kat aku dia tak cakap apa-apa pun. Padahal aku ada jugak menolong sedangkan diorang?

That the end of my story. Aku tahu aku ade salah. Tak lah aku nak cakap yang aku betul seratus peratus. Tapi yang nak aku tekankan dekat sini, aku sangat down bila jadi macam ni. Seumpama semua kesalahan berpunca dari aku.

Huh!

Dah la... aku nak stop. Nak tenangkan hati. Anyway, kelas aku untuk sem 4 ni dah habis semua. So aku nak balik esok sebab minggu depan cuti study week. Dapat la aku lari sekejap untuk sediakan diri untuk jawab final exam.

P/S: panjang pulak aku tulis... hahaha.